Copy Code
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Happy New Year 2011~

Read more!

Salam...Akhirnyer Tahun 2010 melabuhkan tirainyer harini...banyak kenangan suka duka pada tahun 2010..yg pasti tidak akan dilupakan..jadi jomla kte sume bersedia mengharungi cabaran pada tahun 2011 nie ngan semangat yg cekal..so...ak ucap selamat tahun baru 2011 dan hadapila ia dgn berbekalkan azam yg baru..ok.....out..~

~Fakta Menarik Tentang McDonald's~

Read more!

Mustahil ada yang tidak mengetahui apa itu McDonald’s. Silap-silap ada yang memang tiap-tiap hari makan kat sana. Kepada yang mengada-ngada tak tahu, McDonald’s adalah franchise makanan segera yang terkemuka di dunia. Berikut adalah beberapa fakta dan trivia menarik tentang McDonald’s agar boleh menambahkan ilmu anda tentang makanan segera kesukaan ramai itu.

  1. Big Mac telah dicipta oleh Jim Delligatti pada tahun 1967 di sebuah restoran McDonald’s di Uniontown, Pennsylvania
  2. Harga asal Big Mac adalah 49sen USD.. (hohoho kalau sekarang harga dia macam tu, tiap-tiap hari aku bawak bekal Big Mac)
  3. Secara puratanya, terdapat 178 biji bijan di bun sesebuah Big Mac
  4. Di India, nama Big Mac ditukar kepada Maharaja Mac yang menggunakan daging kambing kerana masyarakat India tak boleh makan daging lembu.
  5. McDonald’s drive through pertama adalah di Sierra Vista, Arizona yang mula beroperasi pada 24 Januari 1975
  6. Orang di Jepun akan menyebut McDonald sebagai “Makudonarudo”
  7. Ronald McDonald boleh berbicara dalam 25 bahasa
  8. Sarah Michelle Gellar pernah disaman oleh McDonald pada usia 4 tahun kerana dialog “Do I look 20 per cent smaller to you? I must have at McDonalds because their hamburgers are 20 per cent smaller than Burger King’s.” dalam iklan Burger King’s
  9. Nama McDonald’s diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.. (nasib baik nama burger yang popular tu Big Mac dan bukan Big …. hehehe)
Sumber-Gempak.org

~Saintis Buktikan Kelemahan Nombor Pin~

Read more!


CAMBRIDGE - Bank-bank di Britain didakwa cuba menyembunyikan kelemahan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang terdapat pada kad kredit dan debit, lapor sebuah akhbar semalam.

Dakwaan itu dibuat selepas seorang saintis Universiti Cambridge, Omar Chaodary membuat pendedahan mengenai kelemahan tersebut dalam tesis sarjana falsafah.

Sistem cip dan PIN yang diperkenalkan pada 2006, bertujuan untuk mengurangkan penipuan kad kerana pencuri tidak dapat menggunakan kad yang dicuri tanpa mengetahui nombor PIN.

Namun, Omar mula mengkaji kelemahan sistem itu selepas ramai pengguna mengadu kad mereka dicuri dan nombor PIN mereka telah digunakan.

Sehingga kini, bank-bank di Britain mendakwa sistem keselamatan cip dan nombor PIN adalah kebal dan sukar untuk ditipu.

Bagaimanapun, Omar dalam penyelidikannya, telah mencipta satu gajet berharga semurah £20 (RM95) yang dapat menipu cip dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) supaya menerima kad kredit dan debit tanpa nombor PIN yang betul.

Peranti bersaiz kotak rokok itu disembunyikan dalam lengan baju semasa ia dilekatkan pada kad.

Apabila kad tersebut dimasukkan ke dalam mesin, ia menggunakan sistem elektronik bagi memastikan kad itu diterima.

Choudary berjaya membeli beberapa buku dan cakera padat (CD) berharga £50 (RM237) di Cambridge dengan menggunakan kad yang dipinjam dan alat yang dicipta itu bagi membuktikan kelemahan tersebut. - Agensi

Sumber- Kosmo!online

~Rupa Ruang Pejabat Wikileaks...~

Read more!

Mungkin sebelum ini, anda semua pernah melihat gambar ibu pejabat beberapa syarikat internet terkemuka seperti Google, Yahoo!, Facebook dan sebagainya, tetapi sudahkah anda melihat pejabat WikiLeaks yang kian diperkatakan akhir-akhir ini? Sama seperti pendedahan laman mereka, gambar-gambar pejabat WikiLeaks d Sweden ini kelihatan amat menakjubkan sekali, dengan lokasi dan ruang bangunannya yang amat menakjubkan sekali. Jom kita tengok~

Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Resigzed Image


Sumber-Gempak.org

~Saat Komputer Mule Diperkenalkan..~

Read more!


Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari pengguna komputer Amerika semasa di awal era komputer.

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol “ANY” di keyboard.

2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan… kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?

3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.

4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.

5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di layar.

6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”

7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.

8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.
Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”

9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :

Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)

~ 11 Jenis Ikan Yang Terpantas diDunia~

Read more!

1. Sailfish, max. recorded speed = 110 kilometer perjam




2. Marlin, max. recorded speed = 80 kilometer perjam

Resigzed ImageClick this bar to view the full image.





3. Wahoo, max. recorded speed = 78 kilometer perjam




4. Tunny, max. recorded speed = 74 kilometer perjam

yang ne macam ikan terubuk je..wat goreng sedap nih..



5. Bluefish tuna, max. recorded speed = 70 kilometer perjam
Resigzed ImageClick this bar to view the full image.





6. Great blue shark, max. recorded speed = 69 kilometer perjam
Resigzed ImageClick this bar to view the full image.





7. Bonefish, max. recorded speed = 64 kilometer perjam
Resigzed ImageClick this bar to view the full image.





8. Swordfish, max. recorded speed = 64 kilometer perjam




9. Barracuda 58km/jam





10. Four-winged flying fish, max. recorded speed = 56 kilometer perjam




11. Tarpon, max. recorded speed = 56 kilometer perjam
Resigzed ImageClick this bar to view the full image.


nasib la dalam air tade speed trap.. hehe..

Sumber- gempak.org